Trump Tunai Janji Bawa Amerika Keluar Daripada TPPA !! Malaysia sudah selamat !!

loading...





Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara rasmi mengumumkan negaranya berundur daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), keputusan yang bakal menyaksikan AS semakin jauh dari sekutunya di Asia di sebalik kemaraan pengaruh China di rantau itu.

Trump semalam menandatangani arahan eksekutif itu di Pejabat Oval di White House, memenuhi janji kempen pilihan rayanya untuk menamatkan keahlian AS dalam perjanjian 2015 yang melibatkan 12 negara itu.

Trump, yang berjanji akan memajukan sektor pembuatan AS, berkata beliau akan berusaha mewujudkan perjanjian satu dengan satu dengan negara lain, antaranya dengan meletakkan syarat AS berhak menamatkan perjanjian sedemikian dalam 30 hari “jika ada pihak ingkar”.

“Kita akan memberhentikan perjanjian dagang tidak masuk akal ini yang hanya membawa keluar syarikat tempatan dari negara kita,” kata presiden Republican itu.

Perjanjian TPP menerima sokongan kuat sektor perniagaan AS, dan dirunding bekas presiden Barack Obama, tetapi tidak menerima kelulusan Kongres.

TPP menjadi senjata ekonomi utama pentadbiran Obama bagi menghalang kemaraan China di rantau Asia Pasifik.

Selain AS, TPP disertai Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
Loading...

0 Response to "Trump Tunai Janji Bawa Amerika Keluar Daripada TPPA !! Malaysia sudah selamat !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close