Obama salur dana hampir RM1 bilion kepada Palestin

loading...

 Beberapa jam sebelum pentadbiran Obama berakhir, ia mengingkari bantahan parti Republikan apabila secara senyap menyalurkan AS$221 juta (RM980 juta) kepada Pihak Berkuasa Palestin.

 Dana itu bagaimanapun ditangguh ahli Kongres GOP. Seorang pegawai Jabatan Negara dan beberapa pembantu Kongres berkata, pentadbiran terdahulu secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa ia akan membelanjakan wang itu pada pagi Jumaat, sebelum Donald Trump menjadi presiden. Lebih daripada AS$227 juta (RM1 bilion) dana yang diperuntukkan untuk hal ehwal luar negeri dikeluarkan ketika itu, termasuk AS$4 juta (RM17.6 juta) untuk program perubahan iklim dan AS$1.25 juta (RM5.5 juta) untuk organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sekurang-kurangnya dua anggota GOP menangguhkan dana Palestin itu. Penangguhan Kongres umumnya dihormati cabang eksekutif tetapi tidak terikat secara perundangan. - Agensi 

Loading...

0 Response to "Obama salur dana hampir RM1 bilion kepada Palestin "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close