"Ibu-ibu Semua Tolong Jangan Ulangi Kesilapan Aku. Sebab Cuai, Perut Anak Kecil Kena Belah!"

loading...
"Ibu-ibu Semua Tolong Jangan Ulangi Kesilapan Aku. Sebab Cuai, Perut Anak Kecil Kena Belah!"

Oleh:Nadia Mingguan Wanita



Ada tak anak-anak anda beli mainan ini? Sejenis baby kristal, bila letak dalam air jadi trasparent. Kalau buang air, anda akan nampak benda ini bentuknya bulat-bulat. Agak bahaya untuk anak kecil kalau tertelan. Minta dijauhkan terjadi benda-benda tak elok.



Kadang tak perasan apa yang anak-anak selalu beli kat kedai, tahu-tahu diorang dah main. Tambah kalau anak dah pandai pergi kedai. Yang padahnya kalau ada anak kecil yang suka mengutip, dan masuk mulut. Nanti sila selongkar dalam bakul mainan anak-anak, risau kot ibu ayah tak perasan. Ya, inilah yang terjadi pada anak kecil ini, ibunya terkejut bila tengok apa yang ada dalam usus anaknya. Ikuti cerita penuh...



SHARE sebanyak mungkin. Apa yang saya lalui ni, saya tak nak berlaku dekat baby2 aktif lain. Tolong lah...



Terima kasih yang mendoakan lily, jasa korang tak terbalas. Semoga cerita ini menjadi iktibar. Aku mengharamkan mainan ni (rujuk gambar kt bawah) sejak dulu. Aku pantang nampak benda ni. its ok kalau dia dah direndam dalam air tapi kalau benih yang belum di rendam tu, tolong lah. Buangkannya ! Aku menyesal... aku sgt menyesal...






Hari jumaat malam, Iriss main benda ni. Tak tau la mana dia dapat, dia sorok2 kemudian benda tu tertumpah! Budak yang dalam gambar ni, nama dia Lily. Aku lebih suka panggil Ica sebab tiap kali panggil Ica, dia akan toleh dan senyum. Ica 10 bulan masih tak tahu apa-apa dan obses dengan makanan semua makanan. Mungkin Ica ingat tu makanan, Ica makan. Bila aku sedar dia main benda tu, rupanya, Ica dah termakan sebiji dari benih tu. Tanpa aku sedar!



Aku ni memang jenis alert dengan kesihatan anak2 aku. Kalau tunjuk reaksi negetif, memang aku cepat-cepat bawak at least pergi klinik. Kesan dari benda ni dia sangat cepat. Dalam dua jam, Ica muntah-muntah. Aku tak syak lagi dia makan benda tu. Aku ingt dia muntah kahak. 3 kali dia muntah malam Jumaat tu. Hari sabtu, aku cadang nak pegi spesialist allen batu pahat, gigih aku bangun awal pagi. Sampai-sampai je, klinik tutup. Aku patah balik pt raja. Haritu, Ica muntah 8 kali. Aku pegi klinik pt raja. Dia bagi ubat demam dan tahan muntah. Doktor cakap Ica keracunan makanan.



Aku beri ubat tu tapi Ica tetap muntah dan muntah. Allahuakhbar, kuasa Allah tu besar. Hati aku asik terfikir benda bulat ni. Walaupun kadang ada bisikan yang menafikan tapi perasaan aku benar. Rasa yang Ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap.







Hari Ahad, aku pegi dr allen. Pagi-pagi aku pergi. Pagi tu sebelum jam 12, 5 kali Ica muntah. Doktor bagi ubat tahan muntah dan demam. Lepas tu doktor kata Ica keracunan. Tapi Alhamdulillah... doktor pesan "I bagi U ubat tahan muntah. Sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawak pegi hospital"



Aku bagi Ica ubat tahan muntah. Dalam masa 3 jam, sampai pukul 3, Ica muntah lebih 6 kali (tak termasuk pagi Ahad) aku terus pegi putra hospital. Ya, aku tak mampu cakap dengan doc tu yang Ica termakan benda asing ni sebab aku tak nampak. Ahad malam tu, hati aku meronta-ronta bagai menjerit. Kalau boleh malam tu jugak aku nak call doktor yang rawat Ica nak bgtau yang ica termakan benda ni. Ica dah muntah hijau. Hari ahad, lebih 25 kali Ica muntah. Ica tak makan, hari sabtu Ahad dia tak makan apa pun. Semua keluar balik.



Aku? tak tidur... Berdoa tak lekang dari hati. Semoga Allah pindahkan sakit tu kst aku. Semoga Ica sihat macam selalu. Ya Allah... rindunya kat si kecik tu!



Malam Ahad tu... Ica lemah sangat, aku nekad beritahu kat nurse apa kata hati aku. Dia beri Ica ubat tahan sakit dengan antibiotik. Ica tidur tapi sekejap-sekejap bangun. Aku ingt lagi, petang Ahad tu, doktor cakap dah bagi ubat muntah paling kuat tapi kenapa Ica muntah lagi??



Hari Isnin pagi, 8 pagi lebih, doktor datang. Aku cerita semua dekat doktor padahal doktor datang tu, aku baru bangun tidur. Sebab letih sangat dah berapa hari tidur sejam dua, peduli apa. Air liur basi ke ape ke, aku tetap nak beritahu doc yang Ica sebenarnya tertelan benda tu. Alhamdulilah doktor tu amik berat ape yang aku cakap. Dia suruh pergi xray, scan ape semua dan memang nampak usus Ica bulat. Usus dia tersumbat sebab ada benda sedang mengembang dalam usus dia.







Allahuakhbar... Longgar lutut aku. Dengan laki aku takde (urus anak sekolah) nak tak nak aku kena hadap. Takkde masa la nak cari bahu nak nangis. Aku gagah jugak senyum depan Ica. Dia nangis sambil tangan dia mengapai-gapai tangan aku. Aku peluk dia. Aku bisik, "Ica kene kuat sebab Mama tak kuat. " Dia terus merengek pelan-pelan...



Lepas scan semua, pakar bedah datang. Allah time tu aku terus stanby duit, angka-angka puluh ribu bermain dalam kepala aku. Ica mesti kene bedah.



Doktor cadangkan hospital gov. Dia kata pakar terbaik. Doktor yakinkan aku. Siapa aku untuk menidakkan kata-kata doktor? Aku pun setuju dengan suggestion dia. Aku redha dan berserah pada Allah. HSI menjadi pilihan doc. Aku angguk, tak daya. Tak makan apa pun dari pagi, selera hilang...



Sejam lepas tu ambulan sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya orang. Aku takut kalau pembedahan Ica ditunda.

TAPI AKU SILAP!







Doktor perempuan dari HSA. Pakar terbaik aku pernah jumpa. Kata-kata dia tak melumpuhkan semangat aku. Setiap kata-kata dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa Ica dalam tangan dia. Ica muntah. Hitam. Doktor tu cakap "Adik muntah? Sikit je ye dik.. sian adik" lembut longai hati aku dengar. Perasaan takut langsung hilang. Aku setuju nak buat pembedahan. Tapi doktor terangkan satu persatu.



Kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak. Yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantong beg untuk beberapa ketika. Luruh hati beb bila dengar camni. Aku sign segala surat. Make up aku? takde. Dah macam orang gila aku tau tak. Aku bersila depan dewan bedah. Aku tunggu Ica. Aku tak nangis, insyaallah. Jika Allah izinkan, Ica akan kembali pulih.



Aku percaya dengan doktor tu. Selama 2jam 30min aku tak berganjak dari depan bilik bedah. Aku tunggu Ica. At last doktor panggil aku. Masuk je bilik doktor, fuhh terperanjat gila kot! Besar gila! Usus ica bengkak. Nasib baik aku bawak Ica awal. Kalau sampai sel usus rosak, memang kena potong la ususnya. Bersyukur berjuta kali ya Allah... pembedahan berjaya dan Lily stabil cuma skrg dia tidur. Belum bangun lagi.







Bola tu serap air. Bola tu sangat seram bila tengok. Kau bayangkan bola tu bila kene air dia just kembang dan bila dipicit dia akan musnah, tapi yang ni, keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak doktor tu cakap? "Ada lebih besar dari ni!"







Aku tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur. Mungkin benda ni korang anggap remeh tapi, bila kau yang hadapi benda ni, sumpah kau serik. Tolong la... aku menyesal sangat sebab tak buang benda ni waktu nampak Iriss bawak masuk. Aku menyesal sangat!







Tolong jangan ulangi kesilapan aku. Sebab kecuaian aku, perut anak kecik yang masih taktau apa-apa tu dah kena belah. Sumpah menyesal!







Doakan ica ye... Supaya bangun dan usus pulih dengan baik. Terima kasih...



Kredit: Ika Tieqa
Loading...

0 Response to ""Ibu-ibu Semua Tolong Jangan Ulangi Kesilapan Aku. Sebab Cuai, Perut Anak Kecil Kena Belah!""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close